
"U tahukan ada pil untuk tahan uzur tu?"
"Saya taknak kesan sampingan"
"No. Tiada kesan sampingan. It's just lambatkan tempoh period sahaja../ "Penerangan selanjutnya dengan medical terms saya biarkan lalu di telinga kanan dan keluar di telinga kiri.
Ya. Saya percaya pada rezeki.
Jika tertulis rezeki saya, adalah. Jika tiada, tentu Dia mahu saya datang semula. Mungkin dengan Imam saya yang sah di kemudian hari nanti. InsyaAllah.
"Saya percaya pada rezeki.." Pendek saya akhiri jawapannya.
26 Disember 2014/ Masjidil Haram, Makkah.
"So, u engineer? Bidang apa?" Soalnya selepas saja saya tahu bahawa dia salah seorang Pakar di KPJ Jalan Pahang. Patutlah penerangannya sangat details tempohari.
"Elektrik"
"I see. Anak i yang sulung tengah buat foundation in engineering juga. Tengah fikirkan nak suruh dia teruskan dalam bidang apa. U rasa, electrical engineer senang tak, dapat kerja?" Dia meletakkan Quran yang masih dibaca dari pegangannya di atas rehal saya.
"Lagipun i risau pointer dia. Mesti tengok pointer juga, kan?
Saya diam. Menarik nafas.
"Saya percaya pada rezeki, Doktor.."
"Ya. Rezeki" Tukasnya perlahan.