Followers

Thursday, March 27, 2014

Customer Service Yang Berjaya (Part 2).

Melayani pelanggan memang bermain dengan emosi. Tak boleh terus letak telefon, tak boleh jawab acuh tak acuh kerana kau perlu ingat, kau dibayar setiap sen untuk tanggungjawab yang diberi. Err..lebih kepada nak elak dari E-Aduan. Sobs.

"Cuba kau tengok ni, syarat CIDB ni, aku dah lepas. Tiba ke P**** (bilangan bintang tidak mewakili huruf selepas P), dia suruh aku dapatkan lesen kat sini. Aku bukan buat kerja-kerja wiring. Bukan kecil-kecil punya projek. Ini 275kV punya kerja. Bukan level 33kV" Marahnya berdesing. Suara sedikit tinggi, membuatkan saya rasa seperti ingin masuk bawah meja dan kemudian, menangis sebentar. Sangatlah.

"Encik bawa syarat-syarat yang P**** bagi?" Soal saya. Harapan suara tak bergetar lepastu keluar airmata dan menangis begitu tinggi. Lega, mereka behave.
Syarat yang terlalu umum dan saya sendiri tak berapa pasti kehendak P**** untuk melayakkan dia dapat tender tersebut.
"Cuba encik tanya dengan dia, dia nak lesen apa dari kami?"
"Kau mcm tak tahu, nak jumpa pegawai dia, sikit punya susah. Nak telefon jangan harap dapat bercakap. Memang takkan dapat jawapannya punya!" Nadanya masih tinggi,
Jadi, ini isu kami atau P**** yang sukar di 'hubungi'?
"Tak per, takper saya faham.." Saya semak jenis yang bersesuaian untuknya. 
Ya, selain kau menjadi pekerja di tempat sekarang, kau juga perlu jadi penaakul secara logik kepada sesuatu masalah.

"Ok, macamni. Encik salin apa yang saya beritahu ini, ya? Encik submit dokumen ini, tetapi, play save, encik daftar sebagai #$% juga dan submit lesennya" Saya terangkan dari A-Z dan pengurus tersebut terangguk-angguk sambil menyalin.
Seusai saya mencetak sekeping dokumen untuknya, dia memandang dengan wajah yang lain dari mula datangnya ke bilik saya.
"Itu semua gambar family kamu?" Pandangannya terarah pada sekeping frame di belakang saya.
Saya berpaling ke belakang. Sebuah potret yang dirakam pada 2009 ketika persandingan kakak saya.
"Ya, tetapi abah sudah tiada.." 
"Bila arwah pergi?" Tanyanya kemudian.
Tetiba saya rasa macam, eh, pakcik ni boleh bertukar-tukar mood rupanya.
"2010.."
"Ooh.. Sudah 4tahun. Nanti, selalulah amalkan ayat ni, Lahaulawala kuwataillahbillah... dan surah Al-Ikhlas...blablabla...."
Bicara kami selepas itu lebih kepada dia menterjemahkan ayat-ayat amalan saya serta bertukar-tukar ayat amalan beliau.
Magikkan..?

4 comments:

  1. Replies
    1. tak berjaya lagi. masih usaha. mana yg boleh share, sy share utk rujukan..

      Delete
  2. Jap, pakcik tu kalau dia ingat amalan surah tu semua, insyaAllah dia tak melenting kan? Hahahaha.

    Aku tahu benda tu Ha. Actually rules and regulations nya memang mudah, tapi mungkin malas nak baca or teliti satu persatu, itu yang dia marah bila masalah timbul. Semua nya berpunca dari diri jugak.

    ReplyDelete
  3. huhuhu...

    pakcik tu memang profesional

    :)

    ReplyDelete