Perkara paling terharu, apabila sebenarnya
kita disayangi oleh orang sekeliling kita.
Niat hati, memang nak buat prank sempena hari kelahiran staf-staf saya yang kesayangan dengan menyebarkan berita palsu mereka ditransfer 1 week notice ke jabatan lain. Tapi, harini, sudah tarik muka sebab, entahlah. Rasa seperti usaha beli kek, tempah JM Beriani, beli hadiah lansung tak berbaloi dan sangat menyesal gila disitu.
14 Jun 2002 - Hari lahir ke 20tahun.
Hampir jam 12 mlm menuju 15hb Jun 2002, saya menarik selimut bila menyedari rakan sebilik masih lepak dibilik coursematenya. Mungkin menyiapkan assignment. Tiba-tiba, rakan sekuliyah roomate saya mengejutkan saya dari belakang sebelum roomate saya membawa sebiji kek yang berlilin dan kemudian mereka menyanyi beramai-ramai sebelum roomate meletakkan krim ke muka saya.
"Tiup cepat!" Gesa Asma, roomate saya. Kemudian, kami semua (4orang) main krim kek sebelum pintu bilik kami diketuk. Asma bangun membuka pintu bilik. Takut warden naik sebab kami bising di tengah malam buta.
Sebiji kek berdiri dimuka pintu menutup muka pembawanya. Bestfriend saya masuk bersama 3 roomatenya sambil bising-bising menyanyi lagu selamat hari lahir untuk saya. Kesudahannya, 2 biji kek(satu dari roomate dan satu dari bestfriend), mee goreng, ayam, jajan, tembikai dan air bandung jadi jamahan satu floor asrama kami.
Kitorang masa di asrama dulu acara simbah menyimbah dengan air sabun memang tak pernah tinggal. Dah la kena simbah, baju kurung nak pi prep pun semua depa sorok. Just baju sekolah sehelai aje depa tinggal. Haru!
ReplyDeleterindu kat dorg(ex roomate dgn besfren aku). lepas grad. masing2 duduk jauh. balik negeri masing-masing.. pastu mcm terputus mcmtu je..
Deletedah lama dah tak sambut besday.... lepas kawen ni baru la ada yang meraikannya. :-)
ReplyDeletehehe..saja nak buat surprise tuk staff2.. dorg happy, kita pun rasa gembira.
DeleteDia marah lagi kot pasal prank tu.
ReplyDeletepengajaran betul. serik aku nak selebret surprise besday dah lepas ni..
Deletekecuali birthday sendiri, bunda dan lain-lain yang ada kepentingan dalam hidup. tak gitu?
Deletebiasanya mereka dah boleh agak sbb setiap tahun sambut.. takboleh nak buat surprise.. hehe
Deletecantek, tahun depan kau buat surprise kat aku. aku pun memang pandai berlakon terkejut. hahahaa...
Deletejap. aku ingat2 lupa besday kau. Februari berapa? 25?
Delete