The world is filled with nice people.
If you can't find one, be one.
2014
"Aku di Kedah bersama anak-anak. Dah tak bersama Naim" Mesejnya di facebook.
Kau tahu, untuk mendapat seorang sahabat yang baik, kau perlu menjadi sahabat yang baik terlebih dahulu. Tapi sebenarnya, selama ini hanya dikelilingi oleh harapan-harapan palsu yang begitu melukakan.
Memandangkan bundle telah menulis cerpen, saya pun nak share satu cerpen saya yang pernah tersiar dalam sebuah majalah 'Nur' terbitan Karangkraf sekitar tahun 2006 yang tidak lari jauh dari hidup saya secara bersiri..
2006/ Masiera & Zariati Advocates & Solicitors
Ada
apa-apakah? Lekas, saya berlalu ke beg mengambil telefon bimbit.
"Aku di Kedah bersama anak-anak. Dah tak bersama Naim" Mesejnya di facebook.
Kau tahu, untuk mendapat seorang sahabat yang baik, kau perlu menjadi sahabat yang baik terlebih dahulu. Tapi sebenarnya, selama ini hanya dikelilingi oleh harapan-harapan palsu yang begitu melukakan.
Memandangkan bundle telah menulis cerpen, saya pun nak share satu cerpen saya yang pernah tersiar dalam sebuah majalah 'Nur' terbitan Karangkraf sekitar tahun 2006 yang tidak lari jauh dari hidup saya secara bersiri..
Tentang Dia (Vol 1).
2006/ Masiera & Zariati Advocates & Solicitors
“AHMAD Baihaqi.
Sedapkan nama tu?” Terdengar nada riang suara di sana.
Saya masih teragak-agak
untuk menjawab.
“Datanglah. Aku rindukan
kau!”
2002/Kejohanan Taekwondo Antara Universiti, Universiti xxx, Cyberjaya.
Dia, saya kenali sebagai
Sarah. Kami sama-sama rapat semasa menganggotai kelab seni mempertahankan
diri; Taekwondo. Dia sangat komited. Setiap kali kejohanan antara universiti,
dia akan sertai sebagai peserta. Entah apa silapnya, perlawanan yang lepas
membuatkan dia tidak mampu untuk beraksi sebagai peserta, membuatkan saya berpeluang mencaras tempatnya untuk mewakili universiti.
Sarah turut serta,
tapi hanya mampu menjadi peserta bagi ‘poomse’ sekaligus menjadi penyokong
rasmi saya. Di situlah, segala-galanya bermula. Tentang perkenalan dia, tentang
persahabatan kami dan tentang segala-galanya.
“Masa kau tengah lawan
tadi, aku ke surau sekejap” Sarah menghulur tuala kecil pada saya.
Air mineral bekalan dari
pihak universiti, saya teguk perlahan.
“Alah, kau solat tak
tunggu aku!” Saya menumbuk bahunya perlahan.
“Belumlah. Aku belum
solat. Cuma temankan orang. Dah kebetulan, aku tanyakan sekali tempat solat
siswi!” Sarah senyum-senyum.
“Nanti-nanti.
Kau temankan siapa ni, ha? Kau dah berkenalan ke dengan pelajar-pelajar di
sini? Jangan
sorok”
“Mohammad Haqqi. Sorry.
Aku tak tengok kau battle tadi. Aku tengok dia lawan. Dahsyat betul dia belasah
pihak lawan” Kagum Sarah dengan mata bersinar.
Saya yang silap jika tidak pernah memperkenalkan Haqqi pada Sarah. Sekarang Sarah sudah pun kenal, tanpa saya. Harap-harap
Sarah tidak menaruh hati pada bakal tunang saya, itu. Saya lihat Sarah masih
tersenyum-senyum.
“Dia sedang solat. Nanti
saya sampaikan salam Mas” Terdengar suara lelaki lain yang menjawab.
Dalam hati, saya sangat berdoa agar antara Haqqi dan Sarah, tiada apa-apa..
bersambung..
cerpen yang baik. kalau dikembangkan lagi isinya boleh di buat novel. dan selepas itu boleh dibuat drama bersiri di tv3.... tgh trend skrg ni tau :-)
ReplyDeletewan, cerita ni dah pernah tersiar dlm majalah pun. dah dpt royalti pun.. ;)
Deletetapi royalty buat drama lagi masyukkkk... hehe
DeleteHa, kau tak sambung buat cerpen lagi?
Deletetak lah wan. kalau nak buat skrip pjg. saya tiada kelebihan masa untuk menjadikannya semakin panjang..
Deletetak ta. aku kesuntukan masa. nak curi masa baca novel sekarang pun tak sempat. apatah lagi kalau nak mengarang cerita. byk terkorban nanti..hehe..
Deletewahh penulis cerpen rupanya....
ReplyDeletesatu ketika dulu, ya. sekarang tidak. kekangan masa lapang.. ;)
Deleteboleh ke siarkan cerpen ni sampai habis... hehehe.
ReplyDeletemas tu kena berkorban ke?
tak boleh. dah jadi hakcipta. kasi awal2 sajo..
Delete