Followers

Monday, March 24, 2014

Menjadi Orang Yang Baik.

Dari kecil, memang diajar untuk bersangka-baik saja daripada bersangka buruk-buruk. Apabila besar, arwah pernah banyak kali mengingatkan supaya, kadangkala, harus juga berfikir kesan buruk sekali sekala termasuk fikir tentang orang yang akan ambil kesempatan. Tapi , saya selalu terlupa tentang itu. 

Mac, 2014/ Maju Junction, Kuala Lumpur.
Memang kegemaran saya cuci kereta di situ. Tetapi kerana kebutaan huruf seorang driver yang telah block jalan masuk ke tempat cucian telah menyebabkan, jalan begitu sempit. 3 orang lelaki, entah dari mana, menjadi pembantu bidan terjun saya tolong tengokkan kereta dari depan dan belakang sebelum saya keluar dari kereta.
"Takutlah.." Keluar saja kereta, kereta saya, betul-betul sipi dinding. Pengsan.
Salah seorang dari lelaki tersebut, masuk ke dalam kereta saya, dan membawa ke tempat cucian kereta.

Mac 2009/ Sogo, Kuala Lumpur.
Kereta dibelakang masih menunggu dalam kesesakan mencari parking. Masa tu, panik betul bila Bany saya berbunyi tak berhenti-henti saat ingin menghidupkan enjin. Sudahlah bunyinya memecah keseluruhan floor kompleks membeli belah SOGO tersebut, bany tersebut, saya parking betul-betul tepi tiang dinding dan kalau tak pandai keluarkan, memang bercalar balar habis body

Betullah, lesen B2D saya dapat pada 2005. Tapi, selepas 2005, saya lansung tidak drive mana-mana 'D' sekadar B2 sahaja. Bila beli Bany 2009, baru mula memandu dan itulah insiden paling tidak dilupakan..

Saya keluar kereta, minta tolong dari entahlah siapa-siapa tolong tengokkan. Panik gila. 2-3 orang cuba membantu dan saya harapkan mereka orang baik-baik, sehinggalah seorang family man yang datang, melihat pada gear masih dikedudukan D dan saya telah menarik hand brake tanpa sengaja. Beliau, membetulkan gear, baru kereta berhenti berbunyi, dan beliau terus keluarkan dari kotak parking.

Dan, syukurlah. Yang datang, semua yang baik-baik.

9 comments:

  1. Ha, untung sangat la awek comel cun cute molek yang minta tolong. Ada sahaja yang datang. Alhamdulillah semua nya baik-baik ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukanlah ta. aku kembung/kembang orgnya. lansung tak cun.
      tapi perangai mudah percayakan org ni, aku susah nak kikis..
      mcm confident je semuaorg baik..

      Delete
    2. Ha, perangai tu memang kongsi dengan aku. Hehe.

      Delete
    3. lepastu, bila terkena. menangis sajalah jwbnya..
      lepas menangis, terlupa.
      lepas tu berulang lagi. lepastu menangis,lepastu lupa, lepastu..lepastu..

      Delete
  2. Mesti dia datang sambil pimpin anak, atau kat tangan ada botol susu, atau sekurangnya dia pakai tshirt tertulis "i'm a family man". Kalau tak, macamana kau boleh tau kan? Hahahaaa! Gurau je, jangan marah ha... Apa pun, kereta bergesel tu perkara biasa orang kabo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia yg nak masuk parking aku yg tengah menunggunya.. dlm kete beliau adalah anak-anak dan wifenya.

      Delete
  3. siapa kata malaysia sudah tidak selamat? masih ramai lagi orang baik baik diluar sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak juga wan. smua ikut nasib..
      nasib dpt baik, baiklah. nasib dpt tak baik, tak baiklah..

      Delete