Followers

Tuesday, March 4, 2014

Perjalanan Memanjat Gunung Kinabalu.


Menjawab kepada entry Botak, 
saya pastekan entry ini sekali lagi ke blog baru ini.

Beberapa tips yang saya nak kongsikan buat kawan-kawan yang berhajat mendaki Gunung Kinabalu. Bayarannya dalam RM 552 macamtu. (ini adalah nilai pada November 2012) Tips ini terpakai untuk orang yang tak tahan sejuk macam saya.

Senarai keperluan;
1. Jaket.
2. Stokin.
3. Deep Heat (atau mana-mana ubat sakit muscle).
4. Chemical Warmer. (Kat Winter Time ada jual)
5. Snow Cap.
6. Kasut yang bersesuaian. Kalau boleh ada ruang sedikit depan jari kaki untuk elakkan jari kaki tercabut kerana tekanan masa nak turun. 
7. Sarung tangan. (Pastikan tapak tangan bergetah untuk grip masa pegang tali nanti)
8. Long John/Thermal Wear. (Satu set)
9. Lampu kepala.
10. Baju hujan (Pastikan bukan yang berbutang. Leceh nanti)
11. Energy Bar/Power Bar. (Saya beli di Farmasi level bawah kat The Garden. Tapi saya beli bebola kitkat 3 paket dan mkn sepanjang perjalanan..)
12. Panadol muscle/soluble/postant
13. Sandal. (guna masa 6 kilometer di bawah sahaja sbb naik tangga saja)
14. Streamer (bekas air dlm beg). (Saya beli 1 liter Deuter RM 109 dan sangkut dalam beg deuter)
15. Beg yang bersesuaian untuk mendaki untuk elakkan sakit belakang.(saya beli saiz kecil. 18inch kot, sbb takboleh angkat yg saiz besar takut beg yg menggolekkan saya ke belakang..bhahaha)

Sabtu, 8 Jun 2013.

Perjalanan bermula seawal jam 8.30 pagi dari Gate Timpohon yang mengambil jarak kira-kira 6 km ke Laban Rata Guest House. Kira-kira 6 jam macamtu. Jadi saya sampai ke Laban Rata jam 3 petang tepat sebab hujan lebat di kilometer 5. Sebenarnya, jika sampai awal di Laban Rata, boleh tidur lebih sikit (ambil tenaga untuk pendakian malamnya)

Oh ya. perjalanan dari Timpohon ini, taklah sejuk sangat. Boleh pakai tshirt biasa, tracksuit, tongkat pendakian (kalau beli di kedai outdoor dalam RM30), beg yang ada sarung baju hujannya sendiri (ada air-saya minum tak sampai 1 liter (guna streamer) sebab macam tak terhidrat sangat. Tapi pada yang suka minum air banyak-banyak, kenalah bawa 2-3 botol kecil, energy bar, kitkat, baju hujan) dan saya pakai sandal sahaja sebab track bertangga. Dan bertangga. Tangga lagi. Dan tangga..(memang kena rajin turun naik tangga Batu Caves). 

Barang lain untuk bermalam di Laban Rata, boleh bayar kepada portal untuk bawakan. Barang lain, merangkumi jaket, sarung tangan, snow cap, kasut (sbb kat bawah pakai sandal), stokin, tshirt 2 helai, tracksuit, long john) (1kg = RM8-naik dan turun gunung). Sepanjang jalan adalah keseorangan sebab masing-masing punya stamina level adalah berlainan.

Baiklah. Tiba di Laban Rata, water heater is tiada. TIADA. Air paipnya sesejuk satu mug air, campur dengan 10 ketul ais macamtu. Mengigil tadah tangan di sinki. (Err..tak berpeluh pun jadi, memang badan confirm tak berbau..haha..). Waktu makan ialah pukul 4.30 petang. Jadi, tunggulah waktu makan sebelum paksa diri tidur untuk tenaga di malam hari nanti. 

Ahad, 9 Jun 2013

Seawal jam 2.30 pagi, makan supper breakfast yang disediakan oleh pihak Laban Rata Guest House. Masa ni kena bersedia sapu segala mak nenek deep heat kat kaki. Pakai long john/thermal wear satu set, tshirt lengan panjang 2 helai, jacket, sarung tangan, snow cap, lampu kepala dan kasut. Oh ya, tampallah siap-siap Chemical Warmer kat tapak tangan atau di badan. Sebenarnya masa nak naik ni, tak perlu bawa beg barang banyak. Beban nanti. Sepatutnya hanya bawa beg streamer(beg air), pouch bag sangkut kat pinggang (ada ubat-ubat/power bar/energy bar/kamera/hp/begduit) saja. Perjalanan adalah 2.7 km menuju Low Peak (Puncak Kinabalu). Jadi, tambah tolak sejuk sangat-sangat, dan oksigen yang berkurangan saya tiba di puncak jam 6.45 pagi.

Oh, sebelum terlupa, kau mesti sampai di check point Sayat-Sayat sebelum jam 5.00 pagi jika ingin ke puncak. Selepas 5 pagi, checkpoint tu takkan benarkan kau naik atas faktor keselamatan. Saya sampai di Sayat-Sayat jam 4.15 pagi. 

Track dari Laban Rata ke Low Peak adalah berbatu-batuan yang batu semata-mata. Ada tali. Dan tongkat pendakian adalah tidak dinasihatkan penggunaannya di sini.

Ambil gambar sampai muntah dan lebam.

Turun. Tiba di Sayat-Sayat kembali jam 8.00 pagi. Menuju ke Laban Rata Guest House sebab wajib check out sebelum jam 10.30 pagi.(Kalau lebih dari 10.30 pagi, kena charge RM100 per hour) dan makan breakfast sebelum 10.30 pagi. Saya tiba di Laban Rata Guest House jam 9.15 pagi. Pack barang, Gerak dari Laban Rata Guest House jam 10.30 pagi dan tiba di Timpohon Gate jam 2.45 petang.

Kronologi.

8.30 pagi - Gerak dari Timpohon Gate
3.00 petang - Sampai di Laban Rata Guest House
2.30 pagi - Gerak dari Laban Rata Guest House
4.15 pagi - Sampai di Sayat-Sayat
6.45 pagi - Tiba di Puncak Kinabalu
8.00 pagi - Sampai di Sayat-Sayat
9.15 pagi - Tiba di Laban Rata Guest House
10.30 pagi - Gerak dari Laban Rata Guest House
2.45 petang - Tiba di Timpohon Gate.

15 comments:

  1. Takkan panjat gunung.. Saya ni lemah semangat sikit.. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak rasa pergi, sbb tu nekadkan juga pergi. sbb nak pergi, saya masuk segala RUN dari jan 2013-mei 2013. punyalah semangat.. hehe.. dapat merasa perasaan sampai puncak dan perasaan berlari sekali.. hihi..

      Delete
  2. nak naik tangga ke tingkat satu ofc pun malas, inikan pula nak naik gununh kinabalu... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wan, kalau gunung kinabalu ada escalator, kau nak naik tak? hahaha.

      Delete
    2. sy memang pemalas naik tangga. tp paksakan diri juga sbb takde cara lain nak sampai puncak.. hehe

      Delete
    3. tata..masa nak turun, aku berharap ada 4WD bawa kami turun. sbb malas gila nak turun.. kekeke..

      Delete
    4. klalau ada escalator pun saya x naik sebab confirm lama kena berdiri sebab gunung tu tinggi giler kot... nampak x betapa kuatnya 'malas' tersebut :-)

      Delete
    5. tangga ofis aku tempat paling tak sihat, udara tercemar!

      Delete
  3. last mendaki 3tahun lepas..tu pun bukit broga jeeee..hahaha.. paling tinggi pun gunung datuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. broga tak pernah pergi lagi. tapi nak juga pergi sbb tgk iklan Milo, mcm bes viewnya..

      Delete
  4. ingatkan ko panjat lagi ha..aku tetap jeles lagi sbb ko dah sampai sana..wooo..bila la nak dapat sampai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku teringin nak gi lagi. tapi nanti pergi membawa asben sekali..hehe..

      Delete
  5. ~pada aku, snow cap tu memang wajib sebab kepala aku cuma ada kulit je sebagai lapisan pelindung.

    ~diceritakan, macam mudah. lebih2 lagi kalau orang tu kerja dia melibatkan pergerakan fizikal yang banyak. contohnya kau-tau-siapa... tapi aku dah bersara bab2 macam ni, paling kuat pun lari2 anak (berselipar jepang) kat taman bukit jalil je. ada la jugak bukit sikit.

    ~mungkin betul jugak kau cakap, gunung nuang lebih berbahaya/mencabar berbanding kinabalu. sebab tu setiap tahun ada je kes sesat/jatuh kat nuang tu. (ketepikan kau punya teori faktor kaki tak cukup panjang tu. hahahahaa!)

    ReplyDelete
  6. wow.....tapi saya tak minat hutan gunung nie..hehee...

    btw good info!

    ehh ye saya pakai baju biru smlm! :)

    ReplyDelete
  7. wahhhh good info...ttunggu anak2 beso sedap skit..
    salam kenal ;)

    ReplyDelete